BATU BADAR LUMUT
Batu Hakikat
asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai
batu badar lumut. ini kerana ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya
dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. Dikatakan batu ini mempunyai khasiat
seperti berikut:
menundukkan musuh, menghilangkan sakit
dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan
darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri
BATU PANCA NUR
Batu Panca Nur atau
pancha warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima warna.
Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning,
hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca
Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya. Batu Panca
Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling. - Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling. - Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
BATU LAFADH
BATU LAFADH adalah
berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semulajadi padanya kalimah Allah atau
huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui
batu jenis ini, anda perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat
banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana
disebut batu sintesis.
BATU SERAI
BATU SERAI hanya diperolehi daripada
pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan
bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang
amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga
amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga,
untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai
tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang
yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai
jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih,
biru,hijau dan unggu. Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah
untuk pemanis dan pelaris.
ZAMRUD
Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau
yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin
kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari
segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7
hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang
dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud jarang
dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling
tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya boleh mencecah
sehingga puluhan ribu ringgit. Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh
sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran. Pada masa dahulu, zamrud hanya
dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol
keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu
ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi.
BADAR BESI
Batu badar besi
juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah sainsnya ialah
magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya, batu tersebut akan
bergerak berputar-putar. Masyarakat umum mengenali batu badar besi dalam
golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.
Batu badar besi
mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki
warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu
badar besi banyak dijumpai didaerahbrazil, mexico, Australia dan amerika yang
mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan
tahun dahulu.
Cerita masyur yang
diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali. Yang paling
utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru.
Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya
sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat.
KECUBUNG
Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu
yang berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud
penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam
gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst atau
kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Kecubung dipercayai telah mula
digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung yang berkualiti hanya boleh
didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India. Batu Kecubung
merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan
pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga mempunyai
beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang
paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan. Batu Kecubung/ Amethyst
merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Februari. Dimata umum
masyarakat, kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa
mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.
DELIMA
Ruby atau batu
delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta,
kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai
"king of germstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan
seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu
kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga
sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua).
Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala
Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang
Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga
bekalan batu delima yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti
negara Afrika selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India. Ruby
atau delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir pada
bulan Julai. Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah
berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari
ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan
dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh pada pemakainya.
Kelebihan Delima merah yang paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal
umum dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan. Ruby atau batu
delima terbaik adalah dari negara burma dimana harganya mengikut timbangan
karat.
MATA KUCING
Batu mata kucing
atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit
cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata haiwan
bernama kucing. inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila
mencarinya. Batu cats eye ini banyak
terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats
eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran
8-9 pada skala Mohs. Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai
yang tinggi di pasaran dengan kualiti yang sangat baik. Negara pengeluar utama
batu mata kucing ini termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil,
dan Timur Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai
peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini sangat
sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal. Cat's eye yang baik
mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila membeli batu yang
asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada di bahagian
tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup"
apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali
seperti memberikan keyakinan dan
menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik
kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal
dan mengelak sihir).
MATA RIMAU
BATU TIGER EYE
juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga
Quartz.
Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila
dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam.
Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan
campuran coklat serta oren. Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada
bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia
barat, negara jerman dan china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan
dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya
dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan,
segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi
orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan
jahat.
JARUM EMAS
Batu jarum mas
termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated
Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna
merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas
biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat
hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.
Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah
satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan
batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan
quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi
orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan
yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum
mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.
12. BATU NILAM
(SHAPHIRE)
Nilam juga biasa
disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan
sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk
diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium
oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu
bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara
Burma, Srilangka, Thailand,Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika. Batu
permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang
mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang
berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam
berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam
berwarna biru. Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini
dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati,
membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan
dan tujuan hidup. Raja-raja dan
para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai
pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama
bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Batu yang
istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir
pada bulan september.
BATU FIRUS
Batu Pirus juga
dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta batu permata
sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan
unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga,
aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan
warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah
tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum
(besi) pula tinggi. Batu pirus
direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di
jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya
batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu
ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya
yang terbentuk dengan menarik dan cantik. Batu pirus yang paling terkenal dan
tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran
yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu
istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan
ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau
rohani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan