CERITA TENTANG WAFAK DAN AZIMAT
WAFAK DAN AZIMAT
Azimat atau wafaq adalah suatu kalimah atau rajah selain dari rajah objek alam semesta adalah huruf Arab yang ditulis berdasarkan rahasia huruf itu sendiri setelah kedatangan Islam ke Nusantara. Tetapi dari zaman dahulu sampai sekarang penggunaan wafaq itu sendiri menjadi perdebatan diantara para Ulama dan semoga Allah membenarkan keduanya.
Sejak sebelum kedatangan Islam dizaman sebelumnya sebagian Nabi-Nabi memakai azimah atau wafaq iaitu sebagai suatu mukjizat agar mereka yang kafir beriman kepada Allah swt dan RasulNya.Nabi Sulaiman as yang memiliki wafaq yang terdapat bermula dari mahkota, baju kebesaran, gelang tangan, semuanya bertulisan wafaq. Nabi Musa as tongkatnya mengandungi wafaq. Mereka adalah para Nabi yang solih,lantaran itu apakah perbuatan kita mengikuti jejak mereka itu syirik?.
Wafaq itu sebenarnya adalah doa yang ditulis selain doa yang diucapkan dengan mulut. Doa adalah suatu hajat yang dipohon kepada Allah swt. Doa yang di pohon kepada Allah swt tidak kiralah dalam bahasa apa sekali pun termasuklah bahasa yang digunakan oleh haiwan.
Jika doa boleh disebut dengan berbagai bahasa ucapan, wafak pula boleh di tulis atau dilukis dengan berbagai rupabentuk, lambang dan gurisan yang menyatakan sesuatu huruf atau gambaran. Tidak kiralah samada gurisan tulisan atau rupa berbagai benda yang pada hakikatnya juga adalah untuk menyatakan nama tuhan.
Rasulullah saw pernah menerima hadiah dari Raja Najasi berupa sebuah songkok atau kopiah yang mana didalamnya bertulisan sebuah kalimah, maka Rasulullah saw bersabda barang siapa yang menulis kalimah tersebut didalam songkoknya maka ia akan terhindar daripada penyakit kepala. Dan sabda Rasulullah saw barang siapa menulis namaku di kertas atau dimana tempat yang suci niscaya para Malaikat akan memintakan ampun kepada Allah bagi penulis tersebut selama namaku masih tertulis ( tidak terhapus ). Jelaslah bahwa penggunaan wafaq itu dibolehkan dalam syariat agama.
Ulama sekelas Imam Ghozali ra dan Imam Ali Al-Buni serta Syekh Abdul Qodir Al-Jailani tidak akan mungkin menulis kitab tentang azimah dan awfaq ( jamak dari wafaq ). Jikalau kita menganggap perbuatan itu syirik tanpa melihat dari berbagai sudut pandang agama. Jangankan memakai wafaq kita makan dan minum saja boleh menjadi syirik kalau kita menganggap makan nasi dan minum air itu yang membuat kita kenyang dan menghilangkan dahaga. kita minum ubat juga boleh menjadi syirik jikalau kita menganggap ubat itu yang menyembuhkan penyakit kita.Yang terpenting adalah tauhid kita jikalau kita percaya wafaq itu yang memberi manfaat maka kita jatuh kedalam jurang kesyirikan akan tetapi jika kita menggunakan wafaq itu hanya sebagai syarat dan tidak menganggap wafaq itu yang memberi manfaat maka insya Allah kita telah selamat dari jurang kesyirikan
Wafak suatu cabang ilmu hikmah.
Dalam ilmu Hikmah pengamalan ayat Al-Qur’an dan Asma Alloh ada dua macam :
1. Pertama : Maqru’ yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara dibaca sebagai zikir atau wirid.
2. Kedua : Mahmul yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara ditulis sebagai wafaq atau Rajah untuk diletakkan di suatu tempat atau dibawa.
Sabda Nabi : “Bila seorang hamba menulis Basmalah pada batu atau kertas, maka bahwasanya para Malaikat menuliskan untuknya pahala dan memohonkan baginya ampunan (perlindungan) selama tulisan Basmalah itu masih ada pada batu atau kertas itu”. ( HR.Thabrani )
penggunaan tinta emas dan zafaron menjadi pilihan.Lebih AFDHAL INSYAALLAH yang penting bersih
Waktu yang sesuai menulis Wafaq.
HARI WAKTU
Ahad 11.00-12.00 tengah ari.
Isnin Malam hari selepas magrib hingga pukul 3 pagi.
Selasa Antara jam 11.00 hingga 3.00 petang
Rabu Pagi subuh,pukul 5.00 hingga 8.00 pagi
Khamis Tengahmalam pukul 2 hingga 3 malam.
Jumaat Lepas waktu zuhur jam 2 petang
Sabtu Pagi atau petang,pukul 5.00 hingga 6.00
Syarat menulis Wafaq.
1) Berwuduk.
2) Menghadap qiblat.
3) Bersih suci,tempat pakaian dan alat tulis.
4) Tekun dan berhati-hati tidak sambil leka dan tidak boleh bercakap.
5) Ditulis dengan dakwat arab,lebih afdhal dengan air mawar,bleh juga dengan pena biasa atau bol pin hitam yang yakin sucinya.
6) Menulis sekali jalan (satu nafas)
7) Setiap titik huruf mestilah jelas
==========================
CERITA TENTANG LAMJALALAH ...
RAHSIA LAM JALALAH...
LAM JALALAH adalah Pecahan daripada ALLAH, ADAM dan MUHAMMAD.
INTI UTAMA pelajaran LAM JALALAH ialah untuk MEMBERSIHKAN DIRI SENDIRI daripada sifat-sifat MAZMUMAH...
KUNCI LAM JALALAH iaitu IMAN dan TAQWA... IKHLAS dan REDHA...
Ianya boleh BERKESAN hanya berdasarkan 'NIAT' seseorang DENGAN IZIN ALLAH.
Kebanyakan pengamal LAM JALALAH menggunakannya kepada Makhluk halus dan sebagainya.
LAM JALALAH mempunyai banyak manfaat yang di antaranya adalah:
1) Boleh digunakan untuk memagar kawasan daripada sebarang kezaliman zahir dan batin;
2) Boleh digunakan untuk mengikat makhluk halus;
3) Boleh digunakan untuk mengunci pergerakan musuh;
4) Boleh digunakan untuk memukau lawan;
5) Boleh digunakan untuk mengunci dan membuang penyakit;
6) Boleh digunakan untuk memulihkan santau;
7) Boleh digunakan untuk pagar diri dari sebarang kezaliman orang atau makhluk yang hasad dengki dan macam-macam lagi.
RAHSIA LAM JALALLAH ini terkandung bersama DOA KHATAMUN NUBUWWAH & DOA NURUN NUBUWWAH